Perkuburan Maa’la Mekah di bawa ke Bandar Metropolitan Malaysia
Untuk jangka masa panjang, kita perlu tebusguna atau ‘recycle’ liang atau bilik semin mayat tersebut dlm tempoh yg dietapkan. Ini seperti yg dibuat di perkuburan Maala Mekah dan Baqie di Madinah. Seperti saranan yang dibuat oleh SM Idris, Pengerusi Pengguna Pulau Pinang
Banyak faedah yang akan diperolehi dengan penggunaan bali lahad kubur untuk orang yang meninggal seterusnya.
Antaranya masalah ruang kubur yang tidak cukup akan dapat diatasi.
Perbalahan antara Majlis Agama dan Majlis Bandaran tentang tanah perkuburan akan selesai.
Dan perkara ini buat masa sekarang hanya sesuai untuk kawasan bandar yang tanah perkuburannya tidak mencukupi dan nilai tanah yang terlalu tinggi.
Pihak Majlis Agama Islam negeri perlu mengambil inisiatif ini dengan menggunakan duit zakat yang ada dan perkara ini perlu diambil tindakan dari sekarang.Jangan cuba berdalih duit zakat yang ada telah habis sedangkan duit zakat tersebut dihabiskan untuk mendapat keuntungan dgn melabur di mana mana bank pelaburan tanpa mementingkan utk diagih kpd mangsa banjir contohnya dan umat islam amnya.
Dan perkara pemujaan kubur dan meletakkan kepercayaan bahawa kubur berkuasa utk mmberikan dan menunaikan hajat mreka LEBIH DARI ALLAH yang MAHA BERKUASA akan terhilang dgn sendirinya, insya Allah.
Siapa yg perlu ambil tindakan? Majlis Agama Negeri dan Jabatan Agama serta Majlis Perbandaran.
Minta pihak tersebut panggil wartawan dan jawab ttg perkara ini.
