Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Untuk mendapat pemimpin seperti AL MAKTOUM, pertamanya kita mesti bersihkan acara dan aktiviti SPR dari segala penipuan.

Sama sama kita sokong

poster_bersih1.gif

Malaysia, kepingin PM Begini?

15_07_2007_008_003_0011 Shaikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, PM UAE (dan pemerintah Dubai) terus memacu kehadapan pembangunan pesat UAE. Bak kata omputih, he is rightly on the driving seat – membawa UAE ke gerbang kejayaan.

Belum pernah kelihatan tertidur sewaktu majlis resmi atau pun santai. Selalu kelihatan memandu kereta bersendirian (tanpa outriders, mengingatkan kita pada MB Kelantan!)

Teruskan pembacaan »

Satu benda yg tidak syak lagi, bahawa Rasulullah dan para sahabat menghabiskan hayat mereka untuk tujuan ini. Cuba tanya diri kita, adakah kita meniru mereka atau hanya bercakap menggunakan lidah lembut kita sahaja? Tanpa melakukan sesuatu….

Minggu lepas, saya telah diberi peluang untuk menjadi AJK Program kursus untuk para lepasan univ Ummul Qura yang tamat semester lepas. Program diadakan di Maktab Jaliat cawangan Jedah Timur.

banyak benda yg perlu kita buat sebagai org Islam telah di highlight kan kepada kami. Kami yg terdiri dari semua bangsa dan dari pelbagai negara begitu menaikkan semangat sheikh dan ustaz ustaz yg memberi pengisian kpd kami. Peserta yang bermula dari hujung Bosnia sehingga melewati Ghana dan seluruh pelosok Afrika sehingga ke benua india dan sampai ke daerah kecil di Kelantan begitu teruja dan insya Allah semnagt yg ditiup dan dinaikkan oleh ilmuwan islam ini akan bertebaran dan samapai ke seluruh benua, Insaya Allah. Teruskan pembacaan »

 

Tiga sekolah Islam Holland ditutup

Timbalan Menteri Pendidikan Holland, Sharon Dexma, telah mengumumkan keputusan menutup tiga buah sekolah Islam (bagi pengajian asas) di Amsterdan. Dalam ucapan beliau kepada pihak parlimen menyatakan bantuan kewangan dari pihak kerajaan kepada ketiga-tiga buah sekolah tersebut akan dihentikan bermula Ogos depan. Manakala para pelajar yang terlibat pula mestilah mencari sekolah yang baru. Tiga buah sekolah tersebut ialah; Sekolah al-Faruq di bandar Ziebergh, Sekolah at-Taqwa yang terletak di selatan bandar ibu kota, dan Sekolah Ibrahim al-Khalil di sebelah Timur bandar Amsterdan.

 

Dexma memberitahu penutupan tersebut adalah kerana sekolah-sekolah berkenaan tidak mempunyai pentadbiran yang baik sejak dari tahun lepas bermula dengan kelemahan di sudut kewangan. Selain itu mutu pencapaian yang rendah sebagaimana laporan dari Kementerian Pendidikan turut menyumbang kepada perkara ini. Seterusnya sekolah-sekolah berkenaan dikendalikan oleh individu-individu yang bersifat sementara tanpa membentuk sebuah pengurusan yang baru dan tetap.

 

Penutupan ini merupakan kali pertama berlaku dengan arahan rasmi kerajaan. Dalam masa yang sama pihak Penyelia Kementerian Pendidikan turut memberi amaran kepada 21 buah sekolah Islam yang lain pada awal tahun ini akan mengambil tindakan yang sama dengan dakwaan mutu pencapaian yang rendah, kepincangan pentadbiran dan tidak membantu mengintegrasi orang Muslim dengan masyarakat Holland.

 

Dari akhbar Liwa Islami 6 Jamadil akhir 1428 bersamaan 21 Jun 2007 Khamis

Kenapa?tanya adik saya semasa ‘chat’ dengannya menggunakan yahoo mesengger.

“Ya lah, nak buat mcm mana,harga ayam naik lagi hari ni,naik 65 sen.Jadi sekarang mak kena belanjakan lebih kurang 15 ringgit untuk seekor ayam yang cukup untuk sekali makan adik adik kita di kampung”,jawab saya dengan panjang lebar.

Ini lah hakikat sebenar apa yang berlaku.Dengan mak yang hanya kerja menjahit baju dan ayah yang kerja menanam sayur,tanpa kenaikan gaji 45 peratus dan 25 peratus oleh kerajaan yang bermula Julai ini,semua barang barang keperluan asas SUDAH NAIK harga secara mendadak dan menggila TANPA sebarang rasa kesian oleh pemimpin yang berkuasa dalam menjaga hal ini dan tanggungjawab kepada rakyat dalam negaranya.

Tak percaya harga ayam naik?Cuba tengok berita utusan hari ini,Jumaat 22 Jun 2007. Tak habis habis dgn BARANG KEPERLUAN ASAS yg naik.Gas dah naik.Gula dah naik.Milo dah naik.Susu pekat manis dah naik.Gandum dah naik.Nescafe yang ayah suka minum pun dah naik harga.

Teruskan pembacaan »

Rakyat Azerbaijan marah kerajaan halang melaungkan azan di masjid!

Muslim Azerbaijan diselubungi rasa marah berikutan peraturan baru kerajaan mereka yang melarang azan dikumandangkan menggunakan pembesar suara dengan alasan ia mengganggu ketenteraman awam. Penduduk Muslim di sana menganggap perkara ini adalah pencabulan kepada kebebasan beragama dan seakan-akan mengembalikan mereka ke zaman pemberontakan komunis.

Pihak Kerajaan pula dalam jawapan mereka berhubung perkara ini menyatakan, penguatkuasaan peraturan tersebut pada akhir bulan lepas adalah disebabkan mereka mendapat banyak aduan daripada orang awam yang terdiri daripada golongan sakit, tua dan kanak-kanak yang terganggu dan tidak selesa dengan suara azan yang kuat.

Alegar Ibrahim Oglo, ketua Pusat Perlidungan Kebebasan Beragama bukan kerajaan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan yang tidak boleh diterima akal.

“Saya tidak tahu jika ada tempat lain di dunia yang turut melaksanakan peraturan seperti ini, hatta di negara-negara Eropah atau di Amerika Syarikat sekalipun. Tindakan ini seakan mengembalikan kami ke era pertembungan Atheist dan agama.” Katanya lagi.

Azerbaijan yang merupakan salah satu dari negara Soviet satu ketika dulu kini menjadi kediaman 8 Milion penduduk dengan 93.4 peratus daripadanya adalah Muslim. 70 peratus daripada jumlah tersebut adalah pendokong fahaman Shiah dan bakinya adalah Ahli Sunnah.

Negara yang kaya ini menyaksikan gelombang kabangkitan Islam setelah ia mencapai kemerdekaan pada 1991 sejurus kejatuhan empayar Soviet. Ia kemudiannya menyertai Pertubuhan Negara-negara Islam OIC pada akhir 90-an. Sepanjang pemerintahan Soviet sebelum daripada itu, masjid-masjid di Azerbaijan ditutup, orang Islam bahkan tidak dibenarkan sembahyang di kawasan-kawasan awam dan tidak dibenarkan ke luar negara untuk menunaikan ibadah Haji.

Dari Akhbar Liwa Islami bil 1325; 28 Jamadil ula 1428 h bersamaan 14 Jun 2007 m

125px-flag_of_azerbaijansvg.png

Dari akhbar Mesir

Israel musnahkan 18 000 rumah Palestin sejak 1967

Sebuah pertubuhan Hak Asasi Israel mendedahkan lebih 18 000 kediaman telah dimusnahkan sejak Israel menduduki Palestin 40 tahun yang lampau. Menurut pertubuhan tersebut juga, perkara pertama yang dilakukan oleh Israel (Baca penjajah) pada tahun 1967 adalah memusnahkan rumah kediaman. Pada tengah malam 11 Jun 1967, 135 keluarga yang menghuni kawasan barat al-Quds dikejutkan oleh jentera penyodok Israel yang menyerang rumah-rumah mereka. Dua buah masjid turut dirobohkan dalam kejadian itu. Peristiwa tersebut dikatakan bertujuan untuk menyediakan halaman terbuka di depan dinding Buraq yang bersambung dengan Masjid Aqsa.

Pihak pertubuhan Hak Asasi itu seterusnya menyatakan akan menghantar surat kepada pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB mendesak agar melaksanakan ketetapan Majlis Keselamatan Negara nombor 252 yang diputuskan selepas kejadian pemusnahan tersebut. Ketetapan itu adalah berupa arahan kepada pihak Israel supaya menghentikan kerja-kerja pemusnahan dan larangan daripada sebarang aktiviti yang boleh merubah kedudukan al-Quds. Bagi menjayakan kempen pembinaan semula ini, ‘kami akan berpindah dari tapak Barat al-quds menuju ke negeri berdekatan, Salwan yang turut dimusnahkan,’ tambah pihak pertubuhan terbabit.

Dari Akhbar Liwa Islami bil 1325; 28 Jamadil ula 1428 h bersamaan 14 Jun 2007 m

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.